Sejarah Parit, Perak

Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu:

  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.

Parit dijadikan ibu daerah Perak Tengah yang pertama sebelum bandar Seri Iskandar mengambil alih pusat pentadbiran daerah itu.

Kawasan pentadbiran Perak Tengah

Perak Tengah meliputi:

Berkaitan